Azlinda bt Safar itulah nama
yang diberi kedua ibu bapa aku. Aku berasal dari selatan tanah air iaitu negeri
Johor yang dikatakan negeri kedua termaju di Malaysia. Menjadi seorang anak perantauan tidaklah pernah aku
fikirkan dalam hidup aku, namun realitinya aku telah melebarkan sayap ku
merantau ke negeri nun jauh dari tempat asalku untuk aku menyambung pelajaran
demi mencapai cita-cita aku dan semestinya harapan kedua ibu bapaku. Univeristi
Utara Malaysia (UUM) di sinilah bermulanya sebuah cerita tentang aku dan
sahabat sejatiku.
Hidup merantau
dari selatan ke utara bukanlah perkara yang mudah untuk aku menerimanya, kerana
aku tidak pernah berjauhan dengan keluarga
tercinta. Pada permulaanya, terlalu banyak perkara yang mengerikan dalam
kotak fikiran ku tentang tanggapan pertama aku tentang UUM. Aku berasa sangat
asing dan tidak selesa di tempat baru ini. Namun apa yang bermain-main
difikiran aku selama ini dan apa yang aku bayangkan tentang UUM tidak seburuk
yang aku sangkakan. Segala kerisauan dan kesunyian berada disini, mula terubat
apabila aku mengenali sahabat-sahabat yang baru, akhirnya terjalinlah sebuah
ikatan persahabatan yang sangat akrab dan istimewa bagiku. 16 orang sahabat
sejati ini datang dari negeri yang berbeza, membawa perangai dan budaya yang
pelbagai mahupun berlainan agama. 16 orang sahabat ini sentiasa bersama kemana
sahaja berada, berkongsi pelbagai masalah, suka dan duka bersama. Akhirnya satu
nama tercipta daripada 16 orang sahabat ini, nama kumpulan yang sangat unik dan
mempunyai maksudnya tersendiri hanya kami 16 orang sahabat yang mengetahuinya.
“Chimeera” itulah nama kumpulan kami, dan nama inilah sering menjadi bualan
rakan-rakan lain. Keakraban dan kemesraan “Chimeera” ini sering kali di cemburui dan pastinya menjadi
tarikan pelajar-pelajar di kolej aku. Walaupun pernah melalui masa-masa pahit
seperti perselisihan faham antara “Chimeera” pastinya itu semua hanya sekejap
sahaja, hubungan yang kami jalinkan telah terlalu kuat walaupun ombak besar
melanda pastinya benting yang kami dirikan tetap teguh hingga hari ini. Terlalu
banyak kenangan dan cerita- cerita indah yang terlah tercipta sepanjang
perhubungan persahabatan “Chimeera”. Tanpa di sedari masa berlalu begitu
pantas, hampir empat tahun aku di UUM dan pastinya tidak lama lagi aku akan
menamatkan pengajian aku sebagai mahasiswa univeristi. Hari ini hanya tinggal 6 orang sahaja yang masih di UUM daripada 16
orang sahabat “Chimeera” kerana mereka telah menamatkan pengajian mereka lebih
awal daripada aku. Aku dan sahabat
“Chimeera” yang masih di UUM, pastinya
sangat merindui mereka dan teringat masa-masa
kami bersama dan suasana tanpa mereka pastinya berbeza.
Namun, aku dan sahabat “Chimeera” yang masih ada di UUM
perlu teruskan pengajian hingga akhirnya walaupun dalam suasana yang sangat
berbeza. Jarak bukanlah penghalang untuk aku dan yang lain berhubung dengan
mereka. Allhamdulilah hubungan “Chimeera” masih utuh hingga hari ini dan
pastinya kenangan indah yang kita lalui bersama tidak akan pudar selamanya.
Akhirnya aku hanya mampu berkata tidak ada sahabat lain yang dapat menggantikan
tempat sahabat-sahabat “Chimeera” kerana
kamu semua adalah sahabat yang terbaik dalam hidup aku. Terima kasih sahabat
“Chimeera” kerana sudi menjadi sahabat aku serta berkongsi cerita, suka dan
duka sepanjang kita bersama-sama di Universiti Utara Malaysia.