Isnin, 26 November 2012

PENULISAN PERTAMA AKU- SUBJEK INTODUCTION FOR WRITING


            Azlinda bt Safar itulah nama yang diberi kedua ibu bapa aku. Aku berasal dari selatan tanah air iaitu negeri Johor yang dikatakan negeri kedua termaju di Malaysia. Menjadi  seorang anak perantauan tidaklah pernah aku fikirkan dalam hidup aku, namun realitinya aku telah melebarkan sayap ku merantau ke negeri nun jauh dari tempat asalku untuk aku menyambung pelajaran demi mencapai cita-cita aku dan semestinya harapan kedua ibu bapaku. Univeristi Utara Malaysia (UUM) di sinilah bermulanya sebuah cerita tentang aku dan sahabat sejatiku.
             Hidup merantau dari selatan ke utara bukanlah perkara yang mudah untuk aku menerimanya, kerana aku tidak pernah berjauhan dengan keluarga  tercinta. Pada permulaanya, terlalu banyak perkara yang mengerikan dalam kotak fikiran ku tentang tanggapan pertama aku tentang UUM. Aku berasa sangat asing dan tidak selesa di tempat baru ini. Namun apa yang bermain-main difikiran aku selama ini dan apa yang aku bayangkan tentang UUM tidak seburuk yang aku sangkakan. Segala kerisauan dan kesunyian berada disini, mula terubat apabila aku mengenali sahabat-sahabat yang baru, akhirnya terjalinlah sebuah ikatan persahabatan yang sangat akrab dan istimewa bagiku. 16 orang sahabat sejati ini datang dari negeri yang berbeza, membawa perangai dan budaya yang pelbagai mahupun berlainan agama. 16 orang sahabat ini sentiasa bersama kemana sahaja berada, berkongsi pelbagai masalah, suka dan duka bersama. Akhirnya satu nama tercipta daripada 16 orang sahabat ini, nama kumpulan yang sangat unik dan mempunyai maksudnya tersendiri hanya kami 16 orang sahabat yang mengetahuinya. “Chimeera” itulah nama kumpulan kami, dan nama inilah sering menjadi bualan rakan-rakan lain.  Keakraban  dan kemesraan “Chimeera” ini  sering kali di cemburui dan pastinya menjadi tarikan pelajar-pelajar di kolej aku. Walaupun pernah melalui masa-masa pahit seperti perselisihan faham antara “Chimeera” pastinya itu semua hanya sekejap sahaja, hubungan yang kami jalinkan telah terlalu kuat walaupun ombak besar melanda pastinya benting yang kami dirikan tetap teguh hingga hari ini. Terlalu banyak kenangan dan cerita- cerita indah yang terlah tercipta sepanjang perhubungan persahabatan “Chimeera”. Tanpa di sedari masa berlalu begitu pantas, hampir empat tahun aku di UUM dan pastinya tidak lama lagi aku akan menamatkan pengajian aku sebagai mahasiswa univeristi. Hari ini hanya tinggal  6 orang sahaja yang masih di UUM daripada 16 orang sahabat “Chimeera” kerana mereka telah menamatkan pengajian mereka lebih awal daripada aku. Aku dan  sahabat “Chimeera” yang masih  di UUM, pastinya sangat merindui mereka dan teringat masa-masa  kami bersama dan suasana tanpa mereka pastinya berbeza.
            Namun, aku dan sahabat “Chimeera” yang masih ada di UUM perlu teruskan pengajian hingga akhirnya walaupun dalam suasana yang sangat berbeza. Jarak bukanlah penghalang untuk aku dan yang lain berhubung dengan mereka. Allhamdulilah hubungan “Chimeera” masih utuh hingga hari ini dan pastinya kenangan indah yang kita lalui bersama tidak akan pudar selamanya. Akhirnya aku hanya mampu berkata tidak ada sahabat lain yang dapat menggantikan  tempat sahabat-sahabat “Chimeera” kerana kamu semua adalah sahabat yang terbaik dalam hidup aku. Terima kasih sahabat “Chimeera” kerana sudi menjadi sahabat aku serta berkongsi cerita, suka dan duka sepanjang kita bersama-sama di Universiti Utara Malaysia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan